Saturday, September 12, 2009

Post UPSR Activities

UPSR exam is over. The Year 6 pupils can finally take a deep breath and relax. After months of mounting exercises and hard work , they are ready for more activities to release their pent-up tension.

Many activities will be organised such competitive games ( football, badminton, chess), quiz, learning how to calculate with the abacus, and even activities involving ICT skill like creating your own blog or learning how to search for information through the internet and many more.

So look out for these activities and participate whole heartedly. Now is the time to enjoy the remaining days in the school by learning through play.

ENJOY!!!

Monday, August 17, 2009

Program Pemendungan Influenza A (H1N1)



17 Julai 2009
Dr Lim Kean Ghee menyampaikan ceramah tentang Influenza A (H1N1) kepada semua warga sekolah pada waktu perhimpunan mingguan.



Murid-murid yang mengalami simptom selsema akan diperiksa suhu badan dan dihantar balik ke rumah untuk mendapat rawatan doktor.

Friday, August 14, 2009

Laporan Influenza A (H1N1)


14 Ogos 2009
Setakat ini situasi di sekolah masih selamat. Tiada kes selsema atau tanda-tanda influenza A(H1N1) . Murid-murid sekolah digalakkan memakai topeng untuk keselamatan diri.

Etika BATUK

  1. Mengapa Anda Mesti Menutup Mulut Ketika Batuk atau Bersin? Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan tibi merebak melalui BATUK dan BERSIN. Penyakit -penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
  2. Anda Boleh Hentikan Penyebaran Kuman Semasa Sakit.
  • Pakai penutup mulut dan hidung
  • Palingkan muka daripada orang lain dan makanan
  • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin. Buangkan tisu ke dalam bakul sampah. Jika tiada pilihan lain, anda boleh menggunakan lengan baju atau skaf. Jangan bersentuhan dengan orang lain sehinggan pakaian tersebut ditukar
  • Elakkan pergi ke tempat yang sesak
  • Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.
  • Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut.

3. Bagaimana Cara Menjagai Kesihatan Diri

  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih atau sebarang cecair antiseptik
  • Basuh tangan apabila anda menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, hidung, telinga dan lain-lain anggota badan anda
  • Juga basuh tangan selepas ke tandas, sebelum makan, sebelum dan semasa menyedia atau mengendali makanan dan bila tangan anda kotor.

Thursday, August 13, 2009

Soalan-soalan Lazim Influenza A (H1N1)

  1. Apakah itu penyakit influenza A (H1N1)? Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
  2. Negara mana yang dilanda penyakit ini? Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my/ dan http://www.who.int/
  3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini? Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selsema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selsema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.
  4. Bagaimana kita boleh dijangkiti? Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seorang yang dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
  5. Pada masa ini adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia? Tidak
  6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?a. SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor b. Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun. c. Tinggal dirumah dan hadkan hubungan dengan orang lain.Elak menyentuh mata, hidung dan mulut. d. Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak. e. Jangan gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
  7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini? Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini.Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
  8. Bagaimanakah anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini? a. Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk. b. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun. c. Elak menyentuh muka, khususnys hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan. d. Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak. e. Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. f. Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
  9. Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)? Belum ada
  10. Adakah vaksin baru akan dicipta? Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

Influenza A (H1N1) / Selsema Babi

Pandemik influenza A (H1N1) sedang melanda Malaysia pada masa ini. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengumumkan beberapa langkah untuk mengangani pandemik ini.

Hospital/Klinik
  1. Lakukan ujian lengkap ke atas golongan berisiko tinggi dan mengalami masalah kesihatan seperti sakit paru-paru, sesak nafas, obesiti, kencing manis, asma, masalah jantung atau tahap imuniti rendah.
  2. Ditambahkan bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza ke hospital swasta dan semua klinik kesihatan awam
  3. Klinik swasta dibenarkan membeli Tamiflu daripada farmasi (hanya dengan preskripsi doktor)

Sekolah

  1. Semua sekolah digalakkan memeriksa suhu badan murid setiap pagi
  2. Mengasingkan dan membawa murid yang demam melebihi 38 darjah Celsius ke klinik
  3. Memastikan kebersihan kawasan sekolah termasuk tandas, bilik darjah, kantin dan asrama
  4. Pelajar dinasihatkan supaya mengelak berada di kawasan tumpuan ramai.

Simptom utama H1N1

  1. Demam dan batuk
  2. Sakit tekak
  3. Hidung berair dan tersumbat
  4. Sengal otot
  5. Sakit kepala
  6. Menggigil dan keletihan

Langkah-langkah pencegahan

  1. Amalkan kebersihan diri dan menutup mulut apabila batuk
  2. Memakai penutup mulut dan hidung di rumah dan luar
  3. Pesakit tinggal di rumah elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga
  4. Jika gejala semakin teruk, segera dapatkan rawatan di hospital
  5. Elakkan berada di kawasan sesak dan batalkan atau kurangkan menghadiri majlis keramaian

Golongan berisiko tinggi

  1. Wanita hamil
  2. Pesakit asma
  3. Obesiti
  4. Menghidap penyakit paru-paru kronik
  5. Pesakit kencing manis
  6. Imuniti rendah
  7. Pesakit jantung

Monday, August 10, 2009

RHB-New Straits Times National Spell-It-Right Challenge


Alexander Woo Khai Feng has done our school proud again during the RHB-New Straits Times National Spell-It-Right (SIR) Challenge held at the Technology Park Malaysia auditorium, Kuala Lumpur on 8 August 2009.
Earlier Alexander came up champ after beating 990 students from 248 schools in Perak. 14 participants from the 13 states and Federal Territory competed and Alexander clinched third placing at national level.
Alexander received a trophy, a laptop, a digital frame and a cheque amounting to RM1000. He also won a cash prize of RM1000 for the school together with a laptop.

Well done, Alexander!!! Keep up your good work.