Sejarah Sekolah
Pada asalnya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St George (nama asal St George Institution) disatukan dalam bangunan yang sama pada tahun 1915. Bangunan ini kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St George di Jalan Stesen , Taiping.
NAMA PENGASAS SEKOLAH RENDAH INIRev. Bro Casmiri
L'Angellier F.S.C.
NAMA-NAMA SEKOLAH DIKENALI MENGIKUT TARIKH-TARIKH TERTENTU1. St George Institution - Primary 1954-1957
2. National Type Primary ( English )St George Institution, Taiping 1958-1964
3. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St George, Taiping 1965-1966
4. Sekolah Jenis Kebangsaan St George (1), Taiping 1967-1969
5. Sekolah Rendah Kebangsaan St George (1), Taiping 1970
6. Sekolah Kebangsaan St George (1), Taiping Sekarang
JENIS SEKOLAHLa Salle
LOKASI No 2 Jalan Muzium Hulu, Taiping
BILANGAN MURID PADA MASA DITUBUHKAN600 orang murid
BANGUAN SEKOLAH/PERKEMBANGANBangunan Sekolah Rendah St George (asal) ditubuhkan pada tahun 1954 dengan perbelanjaan sebanyak RM 410 652.92. Bangunan dua tingkat sekolah ini mempunyai 24 buah bilik darjah dan menempatkan 600 orang murid.
Pada tahun 1958 sekolah ini ada 3 aliran dan mempunyai bilangan murid seramai 929 orang dan mengandungi 22 buah kelas dan 27 orang guru. Dua orang daripada guru-guru disitu ialah guru mabaligh atau christian brothers.
Di bawah pimpinan Encik HE Augustine (Guru Besar) maka sekolah ini telah meningkat maju dan bertambah besar dari semasa ke semasa. Pada tahun 1961, bilangan murid-murid di sekolah ini telah meningkat kepada 1260, bilangan kelas sebanyak 28 dan bilangan guru seramai 33 orang.
Pada tahun 1963, bilangan murid telah meningkat kepada 1312 orang. Pada tahun 1965 , sebuah kelas khas untuk kanak-kanak pekak telah ditubuhkan dan pada tahun berikutnya pula sebuah lagi kelas seperti itu ditambahkan. Pada masa itu sekolah ini mempunyai 5 aliran dan murid-muridnya bertambah setiap tahun sehingga pada tahun 1966, apabila Guru Besarnya bersara, bilangan murid sekolah adalah seramai 1789 orang dan sekolah ini mempunyai 41 buah kelas dan 50 orang guru.
Pada Januari tahun 1967, Sekolah Rendah St George (asal) yang terbesar ini telah dipecahkan kepada dua sekolah dan diberi nama SRJK (Inggeris) St George (1) dan SRJK (Inggeris) St George (2) dibawah jagaan dua orang guru besar. Encik Simon Choong Yin Chong telah dilantik sebagai guru besar SRK St George (1), Taiping. Pada masa itu jumlah bilangan murid ialah 965 mengandungi 55 orang murid Melayu , 621 orang murid Cina, 266 orang murid India, 7 orang murid lain-lain bangsa serta 6 orang murid dalam kelas khas bagi murid-murid pekak. Ada 22 buah kelas dengan 27 orang guru. Pada tahun 1968 sebuah kelas ditambah lagi dan jumlah bilangan murid meningkat ke 1008 orang murid dengan 28 orang guru.
Dari tahun 1970 hingga 1972 terdapat 22 buah kelas dengan murid secara purata 884 orang murid.
Pada tahun 1972 atas usaha guru besar, sebuah klinik pergigian telah ditubuhkan.
Dari tahun 1975 sehingga 1979 sekolah ini masih tetap dalam 3 aliran iaitu 3 buah kelas untuk tiap-tiap darjah dan sebuah kelas khas bagi murid-murid pekak dengan jumlah murid secara purata 775 orang .
Pada 1980 , darjah 1 mempunyai 4 kelas dan bilangan murid bertambah menjadi seramai 846 orang murid.
Pada tahun 1981 sehingga tahun 1985 kedudukan bilangan kelas ialah 19 buah kelas tetap dalam tiga aliran. Disamping itu, sekolah ini ada 2 buah kelas khas bagi murid-murid pekak hingga sekarang. Sekolah ini mempunyai 18 buah kelas dengan 36 orang guru tetapi kelas untuk murid-murid pekak telah dibubarkan.
Pada tahun 2009 bilangan kelas adalah 13 buah. Jumlah murid adalah 322 orang dan guru seramai 33 orang.
NAMA-NAMA PENDERMA YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH1. En Low Thow Yoong RM 10 000.00
2. En Lim Huan Lye,J.P.,AMN RM 5 000.00
3. Dr Lim Eng Cheang MRCP (Edin) RM 5 000.00
4. Christian Brothers - Fed/S'pore RM 174 000.00
5. Christian Brothers - Taiping RM 52 000.00
6. Murid-murid/Murid Tua/Orang ramai RM 75 000.00
7. Kerajaan RM 19 000.00
CARA-CARA MENDAPAT BANTUANMelalui beberapa Pasar Ria ( Fun Fairs) RM 90 000.00
SENARAI NAMA GURU BESAR1. Rev. Bor. Alban Rozario F.S.C. 1954-1957
2. En HE Augustine 1958-1966
3. Mr Simon Choong Yin Chong 1967-1980
4. En Chew Huat Teong 1981-1987
5. En Lawrence Wong Seng Kwong 1987-1991
6. En Michael Phun Yik Fook 1991-1993
7. En Jit Singh a/l Ajaib Singh PJK 1993-1995
8. En Md Aziddin b Md Said 1995-1998
9. En Abd Razak b Ahmad 1998-2006
10. Pn Hamisah bt Mustafa 2006-2008
11. Tn Hj Ahmad b Zakaria 2008-