- Mengapa Anda Mesti Menutup Mulut Ketika Batuk atau Bersin? Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan tibi merebak melalui BATUK dan BERSIN. Penyakit -penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
- Anda Boleh Hentikan Penyebaran Kuman Semasa Sakit.
- Pakai penutup mulut dan hidung
- Palingkan muka daripada orang lain dan makanan
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin. Buangkan tisu ke dalam bakul sampah. Jika tiada pilihan lain, anda boleh menggunakan lengan baju atau skaf. Jangan bersentuhan dengan orang lain sehinggan pakaian tersebut ditukar
- Elakkan pergi ke tempat yang sesak
- Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.
- Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut.
3. Bagaimana Cara Menjagai Kesihatan Diri
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih atau sebarang cecair antiseptik
- Basuh tangan apabila anda menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, hidung, telinga dan lain-lain anggota badan anda
- Juga basuh tangan selepas ke tandas, sebelum makan, sebelum dan semasa menyedia atau mengendali makanan dan bila tangan anda kotor.
By reading this form that you make i will alaways stay clean.
ReplyDelete